KERTAS KERJA
![]() |

PERTANDINGAN BOLA BALING 5 SEBELAH LELAKI DAN PEREMPUAN BAWAH 11 TAHUN TERBUKA KLUANG ,2010

ANJURAN : SK.LKTP KAHANG TIMUR BERSAMA MSSD
KLUANG DAN PERSATUAN BOLA BALING
NEGERI JOHOR.
TAHUN 2010
KERTAS KERJA
PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA BALING MSSD KLUANG
TAHUN 2010
1.0 PENDAHULUAN
Sukan bola baling adalah salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan untuk kecemerlangan daerah Kluang.
Namun MSSD Kluang agak ketandusan bakat muda bagi sukan ini terutama bagi peringkat bawah 12 tahun lelaki dan perempuan.
Pencapaian bola baling MSSD Kluang di peringkat MSSJ adalah agak baik. Tahun 2009 pasukan Lelaki bawah 12 tahun dan Pasukan Lelaki bawah 18 tahun telah menjadi johan peringkat MSSJ. Pada tahun 2010 pasukan lelaki 18 tahun, pasukan lelaki 12 tahun dan pasukan perempuan 12 tahun mendapat tempat keempat peringkat MSSJ. Pencapaian yang lebih cemerlang boleh digapai seandainya usaha pembangunan bola baling dijalankan diperingkat daerah. Menyedari potensi ini pihak MSSD Kluang berinisiatif menganjurkan kejohanan ini.
2.0 RASIONAL
2.1. Memperkenalkan dan mempromosi sukan bola baling di kalangan generasi akar umbi.
2.2. Memajukan sukan bola baling sebagai sukan teras di peringkat sekolah rendah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.
2.3. Melahirkan murid-murid yang sihat dan aktif dari segi rohani, jasmani, intelek dan social.
2.4. Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturahim di antara guru-guru di daerah Kluang untuk meningkatkan kualiti sukan bola baling.
3.0 LATAR BELAKANG
3.1. Pemain bawah 11 tahun pernah bermain bola baling.
3.2. Ada setengah-setengah sekolah di Daerah Kluang telah melaksanakan program projek bola baling dan mempunyai pasukan projek bola baling untuk 2011.
4.0. MATLAMAT
4.1. Dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan murid dalam sukan bola baling.
5.0. OBJEKTIF
5.1. Medan bagi memilih peserta yang berbakat untuk mewakili sekolah ke pertandingan MSSD Kluang dan seterusnya ke MSSJ pada tahun 2011.
5.2. Menyemarakkan persaingan yang sihat di kalangan peserta.
5.3. Mencapai MSSD Kluang nombor satu dalam sukan bola baling.
5.4. Memberi pengalaman bertanding kepada peserta.
6.0. TARIKH DAN TEMPAT
6.1. 9 hingga 10 Oktober 2010
6.2. Dewan Futsal Reble Futsal Soccer Kg Paya, Kluang.
7.0. SASARAN PENYERTAAN
7.1. Sekolah daerah Kluang.
7.2. Jemputan pasukan diluar daerah Kluang
7.3. Jemputan Kelab-Kelab bola baling
8.0. SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat : Tuan Haji Shaharudin bin Haji Sharif
( PPD Kluang )
Pengerusi : Tuan HajiMohd Adnan bin Saidun
( Penyelia Kanan Sukan PPD Kluang )
Pengerusi 2 : Puan Kamariah bt Abu Bakar
( Guru Besar , SK LKTP Kahang Timur )
Naib Pengerusi : En Nor Abidin bin Abu Talib
( Penyelia Sukan PPD Kluang )
Penyelaras : En.Muzaini bin Daud @ Roni
( PT Bola Baling Kluang )
Setiausaha : En.Zolnorhisam bin Ismail
( SK LKTP Kahang Timur )
Bendahari : Puan Normala Bt Bohari
( GPK Ko-Ko SK LKTP Kahang Timur )
Ahli Jawatankuasa
1. Urusetia : En.Ashraf B Naim-
( SK LKTP Kahang Timur )
En.Azlan B Karia
( SK LKTP Kahang Timur )
En Hamsah b Saram
( SK LKTP Kahang Timur )
Puan Jamaliah bt Othman
( SK LKTP Kahang Timur )
Cik Norziilah bt Aman
( SK LKTP Kahang Timur )
2. Teknik Pertandingan : En.Muzaini bin Daud@Roni
( PT Bola Baling Kluang )
3. Pengurusan Pertandingan : En. Mahzan bin Md Hassan
(SMK Dato’Abd Rahman Andak)
En. Ab Razak bin Ibrahim
(SMK Bandar T6)
4. Kepengadilan : En.Hazman Kliwon
( SK Pengkalan Tereh )
5. Persiapan Gelanggang : En. Muzaini bin Daud@ Roni (SMK Bandar T6)
6. Pengacara Majlis : En. Ashraf bin Naim
( SK LKTP Kahang Timur )
7. Promosi : Ustaz Wan Azman bin Wan Hassan
(SMK Bandar T6)
8. Penginapan : En. Jasidi B Ahmad
(SK Bandar T6)
7. Hadiah /Penutup : Puan Rosmariati bt Ribon
( SK LKTP Kahang Timur )
Puan Norhafizah Bt Ismail
( SK LKTP Kahang Timur )
8. Dokumentasi : En.Zolnorhisam bin Ismail (SK LKTP Kahang Timur)
9.0. TENTATIF PROGRAM
.2 Oktober 2010 ( Sabtu )
8.00am : Pendaftaran pasukan
8.30am : Undian Kumpulan
8.45am -6.00p.m : Pertandingan dijalankan
.2 Oktober 2010 ( Sabtu )
8.00am : Pertandingan dijalankan
4.00pm : Penutupan
Bacaan Doa
Ucapan alu-aluan PT Bola Baling Daerah Kluang
Ucapan Penutupan Rasmi
Penyampaian sijil / cenderamata
Bersurai
10.0. KEWANGAN
11.0.
PERBELANJAAN
10.1 Bayaran tempat
RM 500.00 sehari x 2 hari = RM1000.00
10.2 Hadiah
Kategori Lelaki 11 tahun
7 orang pemain x 4 pemenang x RM 8.00 = RM RM 224.00
Kategori Perempuan 11 tahun
7 orang pemain x 4 pemenang x RM 8.00 = RM RM 224.00
10.3. Sumbangan kepada Pengadil
6 orang pengadil 1 gelanggang x 3 gelanggang x RM 50.00= RM
900.
10.4 Sijil pemenang & penyertaan
20 pasukan x 50sen x 7 orang pemain = RM 70.00
10.5 Jumlah keseluruhan adalah RM 2918.00 .( Dua ribu Sembilan
ratus lapan belas ringgit ).
SUMBER KEWANGAN
10.6 PPD KLUANG
10.7 Sumbangan .
10.8 Sumbangan dari badan luar.
10.9 Sumbangan dari orang perseorangan.
12.0. PENILAIAN
12.1. Jumlah pasukan menyertai.
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
![]() |
|
( ZOLNORHISAM B ISMAIL )
Setiusaha Sukan,
SK LKTP Kahang Timur.
Disemak oleh :
……………………………………
PN. NORMALA BT BOHARI
GPK KO-KURIKULUM,
SK LKTP Kahang Timur.
No comments:
Post a Comment