Saturday, September 29, 2012


Tema 2 : Menyiasat Daya dan Tenaga

Tenaga

Kegunaan Tenaga
1. Tenaga adalah keupayaan untuk melakukan kerja.

Sumber Tenaga
1.         Matahari →Sumber utama tenaga
                             →Membekalkan cahaya dan haba kepada kita.
                             →Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk membuat makanan
        (Fotosintesis). Tenaga dipindahkan kepada manusia dan haiwan melalui
         memakannya.
2.         Makanan →Makanan mempunyai tenaga. Tenaga digunakan untuk menjalankan
         aktiviti seharian.
3.         Angin →Tenaga angin boleh ditukar kepada tenaga elektrik menggunakan turbin.
                       → Tenaga angin yang diguna secara langsung → kapal layar
                                                                                                                 Layang-layang
                                                                                                                 Mengepan air
                                                                                                                 Menghancurkan bijian
4.         Bahan api → Arang batu, petroleum, gas asli
5.         Bateri  → Tenaga yang disimpan dalam bateri boleh ditukar kepada tenaga elektrik.

Pelbagai bentuk tenaga

1.         Tenaga Kinetik → Objek yang bergerak mempunyai tenaga kinetic.

2.         Tenaga Haba → Menyebabkan objek menjadi panas
                                      → Sumber tenaga haba : Matahari, lilin yang terbakar, kayu yang
       sedang terbakar, lampu yang menyala.

3.         Tenaga Elektrik → Pengaliran cas-cas elektrik
                                        → Cas-cas elektrik yang bergerak melalui wayar ialah elektrik.

4.         Tenaga Bunyi  → Dihasilkan oleh getaran
                                      → Bunyi dipindah melalui udara, cecair dan pepejal.
                                           (Bunyi tidak dapat didengar tanpa bahan ini)

5.         Tenaga keupayaan → Tenaga yang tersimpan dalam objek yang bergantung
     kepada kedudukan dan keadaan objek.
→ Tenaga keupayaan boleh ditukar kepada bentuk lain.


6.         Tenaga Kimia  → Tenaga yang tersimpan dalam bahan.
                                      → Contoh : biojisim, petroleum, gas asli, propana dan makanan.

7.         Tenaga Cahaya → Sumber utama matahari dan juga objek yang mengeluarkan
           cahaya.









Perubahan Tenaga




Tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui

1.         Sumber tenaga yang boleh diperbaharui:
           
a)        Suria
b)        Angin
c)        Biojisim
d)        Air

2.         Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui
           
a)                 Gas asli
b)                 Atom Nuklear
c)                 Petroleum
d)                 Arang
e)                 Arang batu

3.         Kelebihan tenaga yang boleh diperbaharui

a)     Boleh diganti setelah habis digunakan dalam masa yang singkat.

Cara Menjimatkan Tenaga

1.         Tutup suis alat elektrik apabila tidak digunakan.
2.         Menggunakan kenderaan awam atau berkongsi kenderaan.
3.         Mengganti mentol biasa dengan mentol jimat tenaga.


No comments:

Post a Comment